Archives

Post

Lagi satu Citer baru unruk dikongsikan...


      "Arthur Bishop (Jason Statham) is a ‘mechanic’ – an elite assassin with a strict code and unique talent for cleanly eliminating targets. It’s a job that requires professional perfection and total detachment, and Bishop is the best in the business. But when his mentor and close friend Harry (Donald Sutherland) is murdered, Bishop is anything but detached. His next assignment is self-imposed – he wants those responsible dead. His mission grows complicated when Harry’s son Steve (Ben Foster) approaches him with the same vengeful goal and a determination to learn Bishop’s trade. Bishop has always acted alone but he can’t turn his back on Harry’s son. A methodical hit man takes an impulsive student deep into his world and a deadly partnership is born. But while in pursuit of their ultimate mark, deceptions threaten to surface and those hired to fix problems become problems themselves" ...
            Sebuah citer aksi terbaru yg sedang ditayangkan di pawagam ... Lakonan Jason Statham .... Genre: Action | Drama | Thriller ... Tiada Subtitle ... Dikongsikan oleh Jie Azz .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~


Post

Cara Download


 Disini saya nak ajar cara mendownload cite yang ada sampaila U all dapat tgk citenie...

  1. Mula- korang mesti ade software Hjsplit (disediakan) Link , Internet download manager (laju ckit untuk proses mendownload) Link  dan Jzip file Link (comprese file)
  2. Pastu clik pada link download.
  3. Simpan file yang telah korang download dalam satu fail.
  4. Buka Hjsplit, kat situ ade join file..
  5. Korang join kan fail yang telah di download.
  6. Senang kan...


    Post

    Lagi satu Citer untuk dikongsi pada sahabat blog..



    S.W.A.T: Firefight (2011) BRrip

         "Transferred to Detroit to put a local SWAT team through a training regimen, LAPD Lieutenant Paul Cutler finds himself the target of a homicidal genius who is protected by government officials" ...



    Post

    Adakah anda tau..




           Banyak persoalan yang bermain difikiran adakah boleh menderma organ atau pun tak boleh . Disini kita akan mengupas serba-sedikit tentang persoalan adakah boleh atau pun tidak.Disini ada 2 golongan iaitu penderma yang masih hidup dan penderma yang telah mati.

    Hukum Derma Organ Dari Penderma Yang Masih Hidup

    Syara' membolehkan seseorang semasa hidupnya (dengan sukarela dan tanpa paksaan) untuk menderma atau menyumbangkan salah satu atau lebih dari organ tubuhnya kepada orang lain yang memerlukan, seperti tangan ataupun buah pinggang. Ini adalah kerana seseorang itu mempunyai hak yang syar’i ke atas organ-organnya. Ketentuan ini adalah berdasarkan adanya hak bagi seseorang yang tangannya terpotong atau matanya tercongkel akibat perbuatan orang lain, untuk mengambil diyat atau memaafkan orang lain yang telah memotong tangannya atau mencongkel matanya. Hakikat bahawa seseorang itu dibenarkan memberi maaf bagi tangannya yang terpotong atau matanya yang tercongkel, bermaksud dia boleh menderma atau melepaskan diyat (yang menjadi haknya). Kebolehan/kebenaran memaafkan (atau tidak mengambil) diyat ini menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki hak ke atas diyat yang sekaligus bermaksud memiliki hak ke atas organnya. Oleh yang demikian, adanya hakmilik orang tersebut terhadap organ-organ tubuhnya bererti dia mempunyai hak untuk memanfaatkan organ-organ tersebut, termasuklah mendermakannya kepada orang lain yang memerlukan organ tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membolehkan memberi maaf dalam masalah qisas dan diyat, di mana firmanNya,

    “Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kalian dan suatu rahmat."
    [TMQ Al-Baqarah (2):178]

    Walau bagaimanapun, hukum menderma organ haram jika memderma pada organ yang penting seperti jantung, keseluruhan hati, dan juga testis walaupun mendermakan sebahagian. Jika penderma ingin juga menderma bahagian organ yang penting dan mengakibatkan kematian, ini bererti dia telah membunuh dirinya sendiri sedangkan haram bagi seseorang islam membunuh atau meminta dibunuh.

    "Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian." [TMQ An-Nisaa' (4):29].

    Allah juga berfirman,
    “...dan janganlah kalian membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” [TMQ Al-An'aam (6):151].


    Hukum Derma Organ dari Penderma Yang Telah Meninggal

    Hukum derma atau tranplanstasi organ dari seseorang yang telah mati berbeza dengan hukum derma organ dari seseorang yang masih hidup. Sebelum meletakkan hukumnya (samada syara’ membenarkan atau tidak), kita mestilah terlebih dahulu mengkaji hukum pemilikan tubuh mayat, hukum kehormatan mayat dan hukum keadaan darurat. Mengenai hokum pemilikan tubuh tersebuh, ada pendapat yang kuat mengatakan bahawa apabila seseorang telah mati, dia tidak lagi ada hak untuk tubuh, hartanya, tubuhnya, anaknya ataupun isterinya. Oleh kerana itu dia tidak lagi berhak memanfaatkan tubuhnya, sehingga dia tidak berhak pula untuk menyumbangkan salah satu organ tubuhnya atau mewasiatkan pendermaan organ tubuhnya. Allah S.W.T telah mengizinkan untu mewariskan harta, buhan tubuh badan simati. Oleh kerana itu dia tidak berhak berwasiat untuk menderma organ tubuhnya setelah kematiannya. Satu-satunya ‘hak’ yang ada ke atas tubuh (mayat) adalah untuk dikebumikan. Oleh yang demikian, seorang doktor atau penerima derma atau pemerintah sekalipun tidak berhak memanfaatkan (seperti membedah, mengeluarkan, memindahkan atau menggunakan) salah satu organ tubuh seseorang yang sudah meninggal. Berdasarkan nas-nas yang jelas, tanggungjawab orang yang hidup (dan hak ke atas mayat) hanyalah untuk menguruskan jenazah (dari mandi, kafan, solat dan tanam) dengan cara yang baik dan sempurna.

    Diriwayatkan dari A'isyah Ummul Mu'minin r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
    “Memecahkan tulang mayat itu sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup.” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

    Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Amar bin Hazm Al Anshari r.a, dia berkata, ‘Rasulullah pernah melihatku sedang bersandar pada sebuah kuburan, beliau lalu bersabda,
    “Janganlah kamu menyakiti penghuni kubur itu.” [HR Ahmad].

    Mengenai keadaan darurat, perlu difahami bahawa darurat adalah satu keadaan di mana Allah membolehkan seseorang yang terpaksa (yang tiada makanan dan nyawanya terancam) untuk memakan makanan yang diharamkan Allah, seperti bangkai, darah, daging babi, dan lain-lain. Jadi, persoalannya, apakah dalam keadaan seperti ini dibolehkan memindahkan salah satu organ tubuh mayat untuk menyelamatkan nyawa orang lain atas alasan hidupnya bergantung pada organ yang akan dipindahkan kepadanya? Untuk menjawab pertanyaan ini harus diketahui terlebih dahulu hukum darurat sebagai syarat awal untuk dapat mengetahui hukum derma organ dari orang yang sudah mati kepada orang lain yang memerlukannya. Mengenai hukum darurat. Persoalannya disini, adakah hokum darurat tersebut boleh diterapkan untuk mengambil organ simati. Dalam situasi ini, kita perlu mengkaji dari semua aspek termasuk sejarah perubatan tersebut. Adakah dengan menderma organ tersebuh betul-betul dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Mungkin kita boleh bertanya pada doctor sendiri, adakah pasti jika mengambil organ simati, yang hidup ini akan selamat dan dapat terus hidup. Dalam konteks darurat memakan bangkai dan sebagainya, dapat kita pastikan yang selepas makan bangkai dan sebagainya, kita dapat tenaga sehingga ia dapat memenuhi keperluan hidupnya.

    Berdasarkan penerangan di atas, maka haram hukumnya menderma mana-mana organ tubuh pun dari orang yang telah mati. Orang yang sudah mati adalah terpelihara darahnya (ma'sumud dam), tidak kira dia seorang Muslim, ataupun seorang kafir dzimmi (kafir warganegara Daulah Islam) atau pun kafir mu'ahid (kafir warganegara lain yang ada perjanjian dengan Daulah Islam) ataupun kafir musta'min (kafir warganegara lain yang mendapat jaminan keamanan masuk ke dalam Daulah Islam). Justeru, umat Islam amnya dan para ulama khususnya dinasihatkan agar benar-benar kembali kepada nas/dalil di dalam menentukan boleh atau tidak menderma organ, bukannya menetapkan hukum berdasarkan emosi, kepentingan, publisiti atau akal semata-mata, dan umat Islam tidak sewajarnya hanya bertaklid buta dengan harapan (dan kefahaman) bahawa, jika berlaku suatu kesalahan, maka dosa akan ditanggung oleh orang lain. Wallahu a’lam.


    Post

    Penipuan Yang kita tidak Jangkakan





    sambungannya



    Percaya atau pun tidak, terpulang kepada yang menilainya. Yang penting disini, dunia sudah hampir pada ajalnya.. Sama-samalah kita muhasabah diri kita sebelum Allah yang membalas apa yang telah kita lakukan di dunia-Nya..


    Post

    baca sejenak....

    ANGIN AHMAR (Morinda citrifolia)



    PENGENALAN KEPADA PENYAKIT

    Angin ahmar atau nama sainstifiknya Morinda Citrifolia ialah penyakit yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang cukup dan dengan itu, sel-sel otak akan rosak dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasainya tidak lagi berfungsi. Mengikut kajian, Punca angin ahmar adalah disebabkan  kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Angin ahmar ialah penyakit ketiga teratas yang mengakibatkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan orang dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah..Jenis angin ahmarAngin ahmar boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama:• iskemia; dan • pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan boleh mengambil bentuk pendarahan di dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80% daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh iskemia.Tanda dan gejalaGejala-gejala strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas. Strok iskemia biasanya hanya menjejaskan bahagian setempat otak yang dirempuh oleh arteri yang sumbat. Walaupun strok pendarahan juga boleh menjejaskan bahagian setempat, ia seringnya mengakibatkan gejala-gejala sejagat yang disebabkan oleh pendarahan dan pertambahan tekanan intrakranium.Jika gejala-gejala surut dalam tempoh sejam atau paling lama dalam 24 jam, diagnosisnya ialah serangan iskemia sementara (TIA) yang pada dasarnya merupakan angin ahmar kecil. Sindrom ini mungkin merupakan satu tanda amaran, dan sebahagian besar daripada pesakit mengalami angin ahmar pada masa depan. RawatanAdalah penting bahawa angin ahmar dikenal pasti dengan seberapa cepat yang mungkin kerana pesakit-pesakit yang dirawat dengan lebih awal mungkin akan hidup dan pulih dengan lebih baik.Jika seseorang pesakit disyaki menghidap angin ahmar, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan harus dihubungi dengan segera. Pesakit itu harus dihantar ke hospital terdekat yang boleh memberikan penilaian dan rawatan yang cepat dengan terapi-terapi terkini yang disasarkan pada jenis angin ahmar yang dihidapi. Hanya pemeriksaan fizikal dan pengimejan perubatan dapat memberikan maklumat tentang kewujudan, jenis, dan takat angin ahmar. Keputusan-keputusan yang cepat tentang ubat dan keperluan untuk pembedahan telah ditunjukkan dapat memperbaik pemulihannya. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang dirawat di hospital-hospital yang mempunyai Pasukan atau Unit Angin Ahmar dengan rancangan penjagaan yang khusus dapat memperbaik kemungkinan untuk pemulihan.Kemungkinan menghidap strok iskemia boleh dikurangkan dengan penggunaan aspirin atau sebatian berkait seperti klopidogrel. Ubat-ubat ini dapat menghalang pengumpulan platelet yang membentuk bekuan darah yang menyumbat tetapi atas sebab yang sama, rawatan sedemikian juga boleh meningkatkan setakat kemungkinan dan kesan strok pendarahan kerana ia menghalang pembekuan darah.

    SEJARAH DAN CERITA TENTANG ANGIN AHMAR
              
    Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba- tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya. Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya. Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya. Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulullah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar. Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar. Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat. Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar)....sekian


    Post

    KEMBALILAH KEPADA ALLAH DENGAN BERSOLAT

      
    Renungkanlah wahai manusia sekelian.! Kita sering kali terlupa pada sang Pencipta kita, kita selalu lalai dan leka pada dunia yang sementara, walhal kita semua tahu, kita semua sedar bahawa apa yang ade pada kita hanyalah pinjaman yang sangat sementara. Kita sering kali terbaca, terlihat setiap yang mati akan meninggalkan seluruh alam ini. Yang menemani kita hanyalah amalan kita. Tak perlulah kita ikut tradisi barat yang sentisa jadikan dunia yang fana ini sebagai tuhan kita. Solatla wahai manusia sekelian. Tidak sedarkah kita wahai sekelian manusia bahawa siksaan yang diberikan sangatlah pedih. Walhal bila Allah berikan sedikit saya penderitaan dari penyakit, kita terlalu mengeluh. Cuba kira duduk sebentar dalam keadaan yang  tenang tanpa ada gangguan diluar, “Andaikata jka aku mati sekarang, meninggalkan kereta mewah, rumah tersengam indah, isteri  yang cantik, anak-anak yang bijak, rakan taulan yang sejati dan setia, tapi aku tak pernah sujud, dan pernah rasakan dalam sudut hati untuk bertemu tuhanku, adakah semua yang aku miliki tadi dapat membantu...tak banyakpun sedikit. Adakah aku mampu untuk menahan siksaan yang bakal aku terima walhal diberikan sedikit kesakitan pun kita mengeluh. Cuba kita bayangkan juga siksaan yang akan kita  terima beribu-ribu tahun lamanya. Berbaloikah kita diberikan kehidupan yang fana sedangkan kita tidak dapat menikmati kehidupan yang kekal selama-lamanya. Sedarlah wahai munusia sekelian! Sedarlah wahai munusia sekelian! Kita hanyalah diperdayakan oleh syaitan yang selamanya telah dilaknat oleh Allah. Tidak sedarkah kita bawaha dunia ini semakin dekat dengan ajalnya. Tapi kenapa anda sekelian semakin memburunya. Gempa bumi disana sini, belaku kejadian-kejadian yang tidak pernah berlaku seperti  beribu burung hitam tiba-tiba mati Di pesisir Maryland  ikan di Arkansas dikatakan mati karena penyakit tertentu. Tapi orang Barat masih menafikan semua itu. Mereka mengeluarkan fakta semuanya difikirkan logic. “Kematian burung ini adalah disebabkan karana kelaparan, badai, penyakit, pestisida, atau gangguan manusia. Kajian awal mendapati ianya adalah sebabkan  gangguan dan diorientasi di daerah itu,” kata Direktur Konservasi Burung Audubon Society Greg Butcher.  Tidak malukah kita untuk menikmati apa yang diberikan kepada kita sedangkan kita terlalu sombong kepada-Nya. Adakah kita lebih mulia dari junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.Wyang mana beliau sentiasa sujud kepada Pencipta seluruh alam mini.  Jadi kembalilah kepada-Nya.  Solatlah penuh khusuk sebagai mana telah yang diajar kepada kita. "Apabila kamu berdiri solat bertakbirlah, lalu bacalah ayat yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga tuma’ninah dalam keadaan rukuk, kemudian bangkitlah sehingga iktidal dalam keadaan berdiri, kemudian sujudlah sehingga tuma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga tuma’ninah dalam keadaan duduk, kemudian sujudlah sehingga tuma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian berbuatlah demikian dalam semua solatmu "(H.R. Bukhari, Muslim dan Ahmad). Semasa kita bersolat, kita sebenarnya bertemu dengan Yang Maha agung, Yang Maha Berkuasa di atas sekelian alam ini. “Jadikan lah Sabar dan Solat sebagai penolong mu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi mereka yang khusyuk, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka sedang menemui Tuhannya, dan bahawa mereka kembali kepadaNya”  (Al-Baqarah 2:45-46). Jadilah bersolatlah dengan penuh yakin, bersolatlah dalam keadaan yang sempurna fizikal dan mental.  Bersolatlah seolah-olah kita akan mati selepas kita bersolat. Artikal ini ditulis hanya untuk menyedarkan kita, tapi yang membuka pintu hati kita semua hanyalah Allah S.W.T.. Fikirkanlah, adakah hatiku ini masih Allah tutup dari berjumpa dengan-Nya..


    Post

    I-VTEC VS VVT-I

    ENGINE VVTI VS ENGINE IVTEC

                    Kita semua telah sidia maklum Toyota dan Honda adalah antara pengeluar kereta yang terbesar daalam dunia permotoran. Adakah kita tahu teknologi  yang mereka gunakan dalam menghasilkan enjin yang hebat . Sistem VTEC (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control) dan VVT-i  (Variable Valve Timing with intelligence) adalah antara jenis enjin yang telah dibangunkan oleh Honda dan Toyota. Namun, antara dua jenis enjin ini, yang manakah lebih memberi kuasa torque lebih dan yang mana juga yang memberikan penjimatan minyak? Mari kita mulakan dengan VTEC. Dalam artikal ini saya akan memberikan perbezaan diantara enjin VVT-i  dengan enjin  V-TEC.




                 VTEC adalah dari singkatan daripada Variable Valve Timing and Lift Electronic Control manakala i- VTEC pula adalah tambahan (i=intelligent) lebih kurang macam Campro up sikit jadi Campro  Switching system (CPS). Bila kita dalam keadaan pemanduan normal dimana rpm meter dalam lingkungan 2500 ke 3500 . Minyak petrol yang disedut adalah minima dan bila kita cuba memandu secara agresif pada rpm 4500 ke atas, roker arm yang tengah-tengah akan di kunci dan menghasilkan lebih isipadu minyak dan memberikan kuasa lebih pada kenderaan. Dengan enjin i-VTEC baru, masa penutupan injap dapat  ditangguhkan untuk mengawal isipadu pengambilan campuran bahan api udara, membenarkan injap pendikit untuk kekal terbuka luas malahan di bawah syarat-syarat beban yang rendah. Ini menterjemahkan kepada satu pengurangan utama dalam mengepam kerugian. Menggabungkan dengan geseran komprehensif mengurangkan langkah-langkah, keputusan ini dalam satu peningkatan signifikan dalam kecekapan bahan api untuk enjin. Bahkan lebih baik, genius enjin baru ini lebih ringan, lebih pendek dan lebih senyap.  Lihat Gambarajah Dibawah:-








        Mari kita lihat pula pada teknologi enjin Toyota VVT-i. VVT-i adalah singkatan daripada "Variable Valve Timing with inteligent" yang mana telah memenangi award Engine of the Year 2000.
            VVT-i menggunakan sistem computer control sistem dan memberikan sedikit boost pada kenderaan apabila sampai ke tahap pemanduan aggresif.



    Teknologi  yang digunakan agak hebat. Ini kerana injin jenis ini lebih berkuasa, menjimatkan minyak serta menggunakan system microkonputer dalam  mengawal system ini. Sistem VVT-I ini akan terus beroperasi setelah enjin dihidupkan yang mana ianya berbeza dengan I-VTEC akan terbuka apabila pemanduan mencapai pada kelajuan tertentu.

    *Walaubagaimanapun setiap apa yang dicipta oleh manusia ade kekurangan dan ada kelebihannya.


    Post

    Untuk Tatapan Kita Bersama


    KHUTBAH TERAKHIR JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

    Khutbah ini telah disampaikan pada 9 Haribulan Zulhijjah
    tahun 10 Hijrah di Padang Arafah
    Wahai Manusia!
    Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakana ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu dengan kalian semua pada selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

    Wahai Manusia!
    Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pamiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui tuhan kamu dan Dia pati membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai hari sekarang. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu kepada perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti perkara yang kecil.

    Wahai manusia!
    Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri-isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak keatas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas diri kamu, maka mereka juga berhak diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlembut-lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia!
    Dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini.
    Sembahlah Allah.Dirikalah solat 5 waktu sehari semalam. Bepuasalah dibulan Ramadan. Tunaikanlah zakat dari kekayaan hartamu. Kerjakanlah ibadah haji jika kamu mampu. Ketahuilah setiap orang islam lainnya. Kamu adalah sama, tidak tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah! Kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah! Agar jangan sekalikali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia!
    Tidak ada nabi da rasul selepas yang akan dating selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggakkan kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Iaitu Alquran dan sunnahku. Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga orang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
    Saksikalah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Counter Page Visitor

    Royal National in London

    The Widgipedia gallery
    requires Adobe Flash
    Player 7 or higher.

    To view it, click here
    to get the latest
    Adobe Flash Player.

    My clock Inside

    My Great Family

    Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

    Most Popular Posts

    Follower