Post

Cara Membuat Coleslaw (lebih kurang macam KFC jugala)


     Semua orang saya rasa pernah dengar makanan ini..Mungkin ade yang tak tau dan mungkin ade yang tak suka. Bagi penggemar makanan ini, mungkin agak keberatan untuk membeli setiap hari kerana ia boleh dikatakan agak mahal harganya bagi yang kurang berkemampuan. Disini saya ade sedikit resipi yang boleh kita kongsikan..

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:-
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan susu bolehla tambah lebih susu.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counter Page Visitor

Royal National in London

The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.

My clock Inside

My Great Family

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Most Popular Posts

Follower