Post

Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Kebangkitan Hakiki




             KUALA LUMPUR 4 Feb.- Selepas solat Jumaat tengahari tadi Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan seruan di Masjid Negara termasuklah di beberapa buah negeri lain bagi menjelaskan kepada umat Islam berkenaan apa yang berlaku di Mesir. Nasyrah mingguan HTM, Sautun Nahdhah yang dikeluarkan setiap hari Jumaat, pada minggu ini juga turut menyentuh isu yang sama dengan tajuk Mesir-Bangkitlah Menuju Perubahan Hakiki Dengan Khilafah. Dalam seruan yang dilakukan itu, pihak Hizbut Tahrir Malaysia telah mengingatkan umat Islam di seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya agar memahami isu ini dengan pemikiran yang jernih dan memahami kedudukan sebenar mengapa isu ini berlaku. Hakikatnya, keadaan umat Islam di Mesir dan negeri-negeri kaum Muslimin lain hari ini diwarnai dengan pelbagai imej kegagalan, kemiskinan, kemunduran dan sebagainya. Semua ini berpunca dari terputusnya kehidupan Islam da diterapkannya sistem kufur demokrasi kapitalisme hasil peninggalan penjajah. Pemimpin sekular yang berkuasa di Mesir saat ini, Hosni Mubarak, sebenarnya adalah merupakan agen Barat yang begitu patuh dan tunduk kepada arahan tuannya. Sistem kufur demokrasi sekular yang diterapkan oleh Mubarak selama inilah sebenarnya, yang menjadi akar kepada segala permasalahan yang berlaku di Mesir.

Untuk itu Hizbut Tahrir Malaysia dalam seruannya telah mengingatkan umat Islam agar mereka sedar, bahawa keadaan di Mesir itu berlaku bukanlah kerana tempoh pemerintahan Hosni Mubarak itu terlalu lama, tetapi puncanya adalah kerana penerapan sistem yang salah. Faktanya saat ini dunia Islam telah ditipu oleh Barat. Para penjajah kononnya telah keluar dari negeri-negeri umat Islam dan kemudiannya menghadiahkan kemerdekaan kepada negeri jajahannya namun hakikatnya para penjajah ini sebenarnya telah meninggalkan sistem yang buruk dan pemimpin yang setia dengan mereka bagi meneruskan 'penjajahan' mereka. Oleh itu, kebangkitan umat Islam  di Mesir dan di beberapa buah negeri yang lain hari ini tidak akan membawa apa-apa impak jika hanya pemimpin sahaja yang ditukar, tetapi dalam masa yang sama 'pemimpin baru' masih menerapkan sistem Barat. Telah terlalu banyak bukti yang terjadi di dunia Islam, di mana telah berlaku pertukaran pemimpin namun sistem yang diguna pakai masih tetap sama - sistem kufur. Akhirnya umat Islam tetap akan berhadapan dengan masalah yang sama - kegagalan, kemiskinan, kemunduran dan sebagainya. Kebangkitan yang sebenar bagi umat Islam saat ini adalah, dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah bagi menggantikan sistem kufur demokrasi kapitalisme yang masih berdiri di tengah-tengah kehidupan umat Islam saat ini.Sama-sama kita menuju jalan Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counter Page Visitor

Royal National in London

The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.

My clock Inside

My Great Family

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Most Popular Posts

Follower