Post

KEMBALILAH KEPADA ALLAH DENGAN BERSOLAT

  
Renungkanlah wahai manusia sekelian.! Kita sering kali terlupa pada sang Pencipta kita, kita selalu lalai dan leka pada dunia yang sementara, walhal kita semua tahu, kita semua sedar bahawa apa yang ade pada kita hanyalah pinjaman yang sangat sementara. Kita sering kali terbaca, terlihat setiap yang mati akan meninggalkan seluruh alam ini. Yang menemani kita hanyalah amalan kita. Tak perlulah kita ikut tradisi barat yang sentisa jadikan dunia yang fana ini sebagai tuhan kita. Solatla wahai manusia sekelian. Tidak sedarkah kita wahai sekelian manusia bahawa siksaan yang diberikan sangatlah pedih. Walhal bila Allah berikan sedikit saya penderitaan dari penyakit, kita terlalu mengeluh. Cuba kira duduk sebentar dalam keadaan yang  tenang tanpa ada gangguan diluar, “Andaikata jka aku mati sekarang, meninggalkan kereta mewah, rumah tersengam indah, isteri  yang cantik, anak-anak yang bijak, rakan taulan yang sejati dan setia, tapi aku tak pernah sujud, dan pernah rasakan dalam sudut hati untuk bertemu tuhanku, adakah semua yang aku miliki tadi dapat membantu...tak banyakpun sedikit. Adakah aku mampu untuk menahan siksaan yang bakal aku terima walhal diberikan sedikit kesakitan pun kita mengeluh. Cuba kita bayangkan juga siksaan yang akan kita  terima beribu-ribu tahun lamanya. Berbaloikah kita diberikan kehidupan yang fana sedangkan kita tidak dapat menikmati kehidupan yang kekal selama-lamanya. Sedarlah wahai munusia sekelian! Sedarlah wahai munusia sekelian! Kita hanyalah diperdayakan oleh syaitan yang selamanya telah dilaknat oleh Allah. Tidak sedarkah kita bawaha dunia ini semakin dekat dengan ajalnya. Tapi kenapa anda sekelian semakin memburunya. Gempa bumi disana sini, belaku kejadian-kejadian yang tidak pernah berlaku seperti  beribu burung hitam tiba-tiba mati Di pesisir Maryland  ikan di Arkansas dikatakan mati karena penyakit tertentu. Tapi orang Barat masih menafikan semua itu. Mereka mengeluarkan fakta semuanya difikirkan logic. “Kematian burung ini adalah disebabkan karana kelaparan, badai, penyakit, pestisida, atau gangguan manusia. Kajian awal mendapati ianya adalah sebabkan  gangguan dan diorientasi di daerah itu,” kata Direktur Konservasi Burung Audubon Society Greg Butcher.  Tidak malukah kita untuk menikmati apa yang diberikan kepada kita sedangkan kita terlalu sombong kepada-Nya. Adakah kita lebih mulia dari junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.Wyang mana beliau sentiasa sujud kepada Pencipta seluruh alam mini.  Jadi kembalilah kepada-Nya.  Solatlah penuh khusuk sebagai mana telah yang diajar kepada kita. "Apabila kamu berdiri solat bertakbirlah, lalu bacalah ayat yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga tuma’ninah dalam keadaan rukuk, kemudian bangkitlah sehingga iktidal dalam keadaan berdiri, kemudian sujudlah sehingga tuma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga tuma’ninah dalam keadaan duduk, kemudian sujudlah sehingga tuma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian berbuatlah demikian dalam semua solatmu "(H.R. Bukhari, Muslim dan Ahmad). Semasa kita bersolat, kita sebenarnya bertemu dengan Yang Maha agung, Yang Maha Berkuasa di atas sekelian alam ini. “Jadikan lah Sabar dan Solat sebagai penolong mu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi mereka yang khusyuk, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka sedang menemui Tuhannya, dan bahawa mereka kembali kepadaNya”  (Al-Baqarah 2:45-46). Jadilah bersolatlah dengan penuh yakin, bersolatlah dalam keadaan yang sempurna fizikal dan mental.  Bersolatlah seolah-olah kita akan mati selepas kita bersolat. Artikal ini ditulis hanya untuk menyedarkan kita, tapi yang membuka pintu hati kita semua hanyalah Allah S.W.T.. Fikirkanlah, adakah hatiku ini masih Allah tutup dari berjumpa dengan-Nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counter Page Visitor

Royal National in London

The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.

My clock Inside

My Great Family

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Most Popular Posts

Follower