Post

Untuk Tatapan Kita Bersama


KHUTBAH TERAKHIR JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini telah disampaikan pada 9 Haribulan Zulhijjah
tahun 10 Hijrah di Padang Arafah
Wahai Manusia!
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakana ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu dengan kalian semua pada selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai Manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pamiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui tuhan kamu dan Dia pati membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai hari sekarang. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu kepada perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti perkara yang kecil.

Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri-isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak keatas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas diri kamu, maka mereka juga berhak diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlembut-lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia!
Dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini.
Sembahlah Allah.Dirikalah solat 5 waktu sehari semalam. Bepuasalah dibulan Ramadan. Tunaikanlah zakat dari kekayaan hartamu. Kerjakanlah ibadah haji jika kamu mampu. Ketahuilah setiap orang islam lainnya. Kamu adalah sama, tidak tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah! Kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah! Agar jangan sekalikali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia!
Tidak ada nabi da rasul selepas yang akan dating selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggakkan kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Iaitu Alquran dan sunnahku. Hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga orang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikalah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counter Page Visitor

Royal National in London

The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.

My clock Inside

My Great Family

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Most Popular Posts

Follower