Post

Adakah anda tau..




       Banyak persoalan yang bermain difikiran adakah boleh menderma organ atau pun tak boleh . Disini kita akan mengupas serba-sedikit tentang persoalan adakah boleh atau pun tidak.Disini ada 2 golongan iaitu penderma yang masih hidup dan penderma yang telah mati.

Hukum Derma Organ Dari Penderma Yang Masih Hidup

Syara' membolehkan seseorang semasa hidupnya (dengan sukarela dan tanpa paksaan) untuk menderma atau menyumbangkan salah satu atau lebih dari organ tubuhnya kepada orang lain yang memerlukan, seperti tangan ataupun buah pinggang. Ini adalah kerana seseorang itu mempunyai hak yang syar’i ke atas organ-organnya. Ketentuan ini adalah berdasarkan adanya hak bagi seseorang yang tangannya terpotong atau matanya tercongkel akibat perbuatan orang lain, untuk mengambil diyat atau memaafkan orang lain yang telah memotong tangannya atau mencongkel matanya. Hakikat bahawa seseorang itu dibenarkan memberi maaf bagi tangannya yang terpotong atau matanya yang tercongkel, bermaksud dia boleh menderma atau melepaskan diyat (yang menjadi haknya). Kebolehan/kebenaran memaafkan (atau tidak mengambil) diyat ini menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki hak ke atas diyat yang sekaligus bermaksud memiliki hak ke atas organnya. Oleh yang demikian, adanya hakmilik orang tersebut terhadap organ-organ tubuhnya bererti dia mempunyai hak untuk memanfaatkan organ-organ tersebut, termasuklah mendermakannya kepada orang lain yang memerlukan organ tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membolehkan memberi maaf dalam masalah qisas dan diyat, di mana firmanNya,

“Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kalian dan suatu rahmat."
[TMQ Al-Baqarah (2):178]

Walau bagaimanapun, hukum menderma organ haram jika memderma pada organ yang penting seperti jantung, keseluruhan hati, dan juga testis walaupun mendermakan sebahagian. Jika penderma ingin juga menderma bahagian organ yang penting dan mengakibatkan kematian, ini bererti dia telah membunuh dirinya sendiri sedangkan haram bagi seseorang islam membunuh atau meminta dibunuh.

"Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian." [TMQ An-Nisaa' (4):29].

Allah juga berfirman,
“...dan janganlah kalian membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” [TMQ Al-An'aam (6):151].


Hukum Derma Organ dari Penderma Yang Telah Meninggal

Hukum derma atau tranplanstasi organ dari seseorang yang telah mati berbeza dengan hukum derma organ dari seseorang yang masih hidup. Sebelum meletakkan hukumnya (samada syara’ membenarkan atau tidak), kita mestilah terlebih dahulu mengkaji hukum pemilikan tubuh mayat, hukum kehormatan mayat dan hukum keadaan darurat. Mengenai hokum pemilikan tubuh tersebuh, ada pendapat yang kuat mengatakan bahawa apabila seseorang telah mati, dia tidak lagi ada hak untuk tubuh, hartanya, tubuhnya, anaknya ataupun isterinya. Oleh kerana itu dia tidak lagi berhak memanfaatkan tubuhnya, sehingga dia tidak berhak pula untuk menyumbangkan salah satu organ tubuhnya atau mewasiatkan pendermaan organ tubuhnya. Allah S.W.T telah mengizinkan untu mewariskan harta, buhan tubuh badan simati. Oleh kerana itu dia tidak berhak berwasiat untuk menderma organ tubuhnya setelah kematiannya. Satu-satunya ‘hak’ yang ada ke atas tubuh (mayat) adalah untuk dikebumikan. Oleh yang demikian, seorang doktor atau penerima derma atau pemerintah sekalipun tidak berhak memanfaatkan (seperti membedah, mengeluarkan, memindahkan atau menggunakan) salah satu organ tubuh seseorang yang sudah meninggal. Berdasarkan nas-nas yang jelas, tanggungjawab orang yang hidup (dan hak ke atas mayat) hanyalah untuk menguruskan jenazah (dari mandi, kafan, solat dan tanam) dengan cara yang baik dan sempurna.

Diriwayatkan dari A'isyah Ummul Mu'minin r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Memecahkan tulang mayat itu sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup.” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Amar bin Hazm Al Anshari r.a, dia berkata, ‘Rasulullah pernah melihatku sedang bersandar pada sebuah kuburan, beliau lalu bersabda,
“Janganlah kamu menyakiti penghuni kubur itu.” [HR Ahmad].

Mengenai keadaan darurat, perlu difahami bahawa darurat adalah satu keadaan di mana Allah membolehkan seseorang yang terpaksa (yang tiada makanan dan nyawanya terancam) untuk memakan makanan yang diharamkan Allah, seperti bangkai, darah, daging babi, dan lain-lain. Jadi, persoalannya, apakah dalam keadaan seperti ini dibolehkan memindahkan salah satu organ tubuh mayat untuk menyelamatkan nyawa orang lain atas alasan hidupnya bergantung pada organ yang akan dipindahkan kepadanya? Untuk menjawab pertanyaan ini harus diketahui terlebih dahulu hukum darurat sebagai syarat awal untuk dapat mengetahui hukum derma organ dari orang yang sudah mati kepada orang lain yang memerlukannya. Mengenai hukum darurat. Persoalannya disini, adakah hokum darurat tersebut boleh diterapkan untuk mengambil organ simati. Dalam situasi ini, kita perlu mengkaji dari semua aspek termasuk sejarah perubatan tersebut. Adakah dengan menderma organ tersebuh betul-betul dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Mungkin kita boleh bertanya pada doctor sendiri, adakah pasti jika mengambil organ simati, yang hidup ini akan selamat dan dapat terus hidup. Dalam konteks darurat memakan bangkai dan sebagainya, dapat kita pastikan yang selepas makan bangkai dan sebagainya, kita dapat tenaga sehingga ia dapat memenuhi keperluan hidupnya.

Berdasarkan penerangan di atas, maka haram hukumnya menderma mana-mana organ tubuh pun dari orang yang telah mati. Orang yang sudah mati adalah terpelihara darahnya (ma'sumud dam), tidak kira dia seorang Muslim, ataupun seorang kafir dzimmi (kafir warganegara Daulah Islam) atau pun kafir mu'ahid (kafir warganegara lain yang ada perjanjian dengan Daulah Islam) ataupun kafir musta'min (kafir warganegara lain yang mendapat jaminan keamanan masuk ke dalam Daulah Islam). Justeru, umat Islam amnya dan para ulama khususnya dinasihatkan agar benar-benar kembali kepada nas/dalil di dalam menentukan boleh atau tidak menderma organ, bukannya menetapkan hukum berdasarkan emosi, kepentingan, publisiti atau akal semata-mata, dan umat Islam tidak sewajarnya hanya bertaklid buta dengan harapan (dan kefahaman) bahawa, jika berlaku suatu kesalahan, maka dosa akan ditanggung oleh orang lain. Wallahu a’lam.

Casinos Near Me - JeMHub
Find the closest casinos and meet 인천광역 출장마사지 the criteria set by our 남원 출장안마 independent 안양 출장샵 audit team. You'll find a large number 삼척 출장안마 of What is a Casino Near Me?Are there Casinos Near Me? 평택 출장안마

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counter Page Visitor

Royal National in London

The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.

My clock Inside

My Great Family

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Most Popular Posts

Follower