Post

MESIR - BANGKITLAH MENUJU PERUBAHAN HAKIKI DENGAN KHILAFAH!

   Setelah Tunisia, kini Mesir pula bergolak dengan protes dari rakyat secara besar-besaran sejak 25 Januari lalu untuk menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak. Setakat ini sudah ratusan jiwa terkorban dalam rangkaian tunjuk perasaan tersebut dan lebih dari 1000 yang lainnya telah ditangkap oleh pasukan keamanan Mesir. Revolusi Mesir ini dikatakan terilham dari Revolusi Melati di Tunisia yang berhasil menggulingkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, setelah berkuasa selama 23 tahun. Inspirasi yang sama juga telah menjalar ke Algeria, Yemen dan Jordan dan tidak mustahil akan juga merebak ke Syria, Libya, Sudan, Saudi Arabia dan negara-negara lain.

Kebangkitan rakyat di Tunisia memang telah berjaya mengusir diktator Ben Ali, namun sayang sekali, pemerintahan negara beralih pula ke tangan Mohammed Ghannouchi, Kallal, Fuad Mubazza dan pemerintahan kesatuan (unity government) di mana kebanyakan mereka ini hanyalah terdiri daripada orang-orang Ben Ali dan sungguh dekat dan setia kepada tuan mereka, Perancis.Di Mesir, nampaknya Mubarak juga tidak akan dapat bertahan lama sehingga tuannya, Presiden Amerika, Barack Obama telah mendesak diadakan orderly transition (transisi/peralihan pemerintahan yang tertib) untuk demokrasi Mesir.

Pihak pembangkang Mesir menyeru pembentukan pemerintahan peralihan yang melibatkan semua pihak terutama pembangkang. Mereka mencadangkan ElBaradei manakala sebahagian lainnya mencadangkan Amr Mousa, Setiausaha Agung Liga Arab dan mantan Menteri Luar Mesir, untuk berunding hal itu dengan pemerintah. Di sisi lain, Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman menyatakan bahawa dia telah ditugaskan untuk melakukan dialog dengan pembangkang mengenai beberapa masalah terutama reformasi perlembagaan dan undang-undang. Revolusi yang baru berlalu di Tunisia hanya membuahkan perubahan rejim dan setakat ini revolusi di Mesir juga nampaknya akan berakhir dengan penggantian rejim semata-mata, bukannya perubahan sistem. Sungguh malang bagi umat Islam sekiranya hal ini berlaku, kerana untuk perubahan ini, ratusan nyawa dan darah suci anak-anak kaum Muslimin sudah pun tertumpah.

Revolusi seumpama ini bukanlah suatu yang baru dalam dunia Islam. Reformasi di Indonesia, misalnya, memang berhasil menumbangkan rejim Soeharto, namun hingga kini persoalan Indonesia masih tetap belum selesai. Apa yang wujud di era Soeharto yang dikritik hebat oleh rakyat yang bangkit seperti parahnya rasuah, penyelewengan, mahkamah yang korup, kemiskinan dan lain-lain justeru kembali berulang dengan pemerintahan baru, malah dalam beberapa hal ia lebih parah. Hal sama juga terjadi di Pakistan di mana diktator Musharraf berhasil ditumbangkan dan diganti dengan ‘pemerintahan demokrasi’ di bawah Presiden Asif Ali Zardari dan juga Perdana Menteri Yousuf Razza Gillani. Hasilnya, pemerintah demokratis itu sama saja dengan diktator Musharraf yang menjadi penyembah Barat manakala rakyat terus hidup di dalam penderitaan.

Tidak ada bezanya juga dengan apa yang terjadi di dunia Arab seperti pasca tumbangnya rejim Raja Faisal dan Saddam Hussein di Irak, Raja Fuad dan Anwar Sadat di Mesir, Shah Reza di Iran dan sebagainya. Kesemua perubahan ini memberi hasil yang sama, yakni tumbangnya satu rejim pemerintahan dan diganti dengan rejim lain, tanpa adanya perubahan sistem. Akibatnya, hal yang sama berulang ke atas umat Islam - terus dihimpit penderitaan demi penderitaan hasil penindasan pemimpinnya sendiri. Sungguh, umat ini telah berkali-kali terjebak dalam proses yang sama walhal Rasulullah SAW melarang hal tersebut, sabda baginda,

“Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali” [HR Bukhari & Muslim].

Pengajaran penting dari semua ini adalah bahawa perubahan dan penggantian rejim bukanlah penyelesaian kepada masalah umat Islam. Pangkal masalahnya bukanlah pada sosok Mubarak, Ben Ali, Soeharto, Musharraf, Qaddafi, Raja Abdullah atau rejim-rejim lainnya. Pangkal masalahnya adalah sistem kufur demokrasi yang diterapkan oleh rejim-rejim tersebut. Oleh kerana itulah Hizbut Tahrir tanpa jemu dan dengan penuh kesungguhan dan semangat yang tidak pernah luntur, mengingatkan dan berusaha membangkitkan umat Islam di seluruh dunia agar segera menggantikan sistem kufur ini kepada sistem Khilafah, satu-satunya sistem yang akan mengeluarkan umat dari kegelapan menuju cahaya...
***************************************************************************

[Berikut adalah terjemahan risalah yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Pusat atas apa yang berlaku di Mesir, yang disebarkan ke seluruh dunia, khususnya di Mesir sendiri]

Maka Ambillah (Kejadian Itu) Sebagai Iktibar Wahai Orang-orang Yang Mempunyai Penglihatan

Petikan dari :- http://www.mykhilafah.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counter Page Visitor

Royal National in London

The Widgipedia gallery
requires Adobe Flash
Player 7 or higher.

To view it, click here
to get the latest
Adobe Flash Player.

My clock Inside

My Great Family

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Most Popular Posts

Follower